Tuesday, May 18, 2010

Chapter 2: Cinta Itu

Tidak pernah terdetik sekali pun di hati Ummi untuk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Segala yang dilakukannya hanya kepada Walid. Niatnya hanya kepada yang Maha Esa. Tidak sekalipun dia merungut sekiranya Walid bermasam muka dan tidak mahu berbicara. Ummi tetap akan melayan suaminya itu dengan senyuman. Sesungguhnya Walid telah menjadi buta kerana Harta benda dan kemahsyuran. Semenjak berjaya mencipta nama dipersada negara, Walid semakin hanyut dengan apa yang dikecapinya. Bagi Walid, itu sudah menjadi kemuncak kejayaan dan dia bagaikan tidak sedar akan kewujudan Ummi sebagai isterinya. 


Hospital Ampang Puteri

01:30

"I rasa you patut masuk tengok Mimi, Lid. You duduk menung kat luar ni pun bukannya buleh ubah keadaan. Dia sekarang memerlukan you. Better you stay by her side," kata Nisa. Walid hanya menggangguk kecil. Hatinya masih dihurung rasa bersalah dan menyesal yang amat sangat. Dia bangun. Tetapi langkahnya agak berat. Bila sampai di muka pintu, hatinya jadi sayu. Airmatanya kembali mengalir. "Ya Allah.. Apa yang dah aku buat ni?" bentak hatinya. Di depan matanya ada tubuh yang sedang berlawan untuk terus hidup. Tubuh yang jiwanya entah di mana. Dan tubuh itu hanya bergantung pada sebuah mesin untuk terus bertahan. Walid menghampiri tubuh itu. Tangan yg kaku itu dipegang. Ditatapi wajah isterinya itu. diusapnya rambut wanita itu. Airmatanya kian deras mengalir. "Maafkan I ummi.. Maafkan I...

16:06:2011
Alamanda Putrajaya.

"You, bagi You la kan, Cinta tu ape sebenarnya?" tanya Ummi. "Hmm.. Ade orang cakap cinta tu ibarat pelita yang menyala dalam gelap. Semakin selagi tak habis minyak tanah dalam pelita tu, selagi tu la pelita tu akan bernyala dan terus menyala. And, ade gak orang cakap, cinta tu macam matahari yang muncul selepas hujan. sebab kita boleh anggapkan hujan tu macam suatu kesedihan. Dan cinta tu cahaya matahari selepas hujan tu. Pembawa kegembiraan." Jawab Walid sambil tersenyum. "Yela.. I nak tau you punya pendapat, bukan pendapat orang. You nih.." kata Ummi sambil menunjuk kan riaksi tidak puas hati. "Hehe.. baik..baik.. Bagi I, cinta tu memerlukan pengorbanan. dan cinta tu tak semestinya mempunyai Happy ending." Terang Walid. "I tak paham. Elaborate please?" kata ummi lagi. " Macam ni, katakanlah if I cintakan you, and at the same time you pulak ada kekasih hati yang lain and you cinta dan sayang pada dia. Untuk buktikan cinta I kat you, I let You go and doakan kebahagian you dengan kekasih you tu. Itu la pengorbanan yang I ckpkan tadi. ade paham?" terang Walid lagi. "ooo.. sekarang I paham.. pengorbanan tu pulak boleh jadi jugak dari seorang isteri kepada seorang suami, dan jugak seorang suami kepada seorang isteri." Kata Ummi sambil tersenyum. "Hari ini I nak janji kat you wahai en. Walid sayang, I akan jadi seorang isteri yang bertanggungjawab and I akan jaga you sampai akhir hayat. This I promise you." Walid tersenyum. Hatinya berbunga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ummi itu. "Sekarang you punya Turn pulak... Cepat la janji dengan I utk jadi suami yang baik..."




Hospital Ampang Puteri
02:00

"I dah mungkir janji itu. Sememangnya you tidak pernah sekali pun mungkir janji yang you buat kat I dulu. Kenapa I buta sampai tak nampak insan yang mulia macam you. Cinta you dah i khianati. Segala janji I pada you I dah mungkiri. Ummi. Maafkan I...."


Airmata itu kian deras mengalir. Rasa bersalah itu semakin membuak-buak. Yang selalu diabaikan itu terbujur kaku hanya dibantu oleh sebuah mesin. Doa sahaja yang dapat dipohon dijauhkan perkara yang tidak diingini.....


Bersambung.....

Sunday, May 2, 2010

Chapter 1: Kata Mula



Hospital Ampang Puteri
12:30am

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 malam. Keadaan yang hening di hospital ini menyapa telinga Walid yang sedang mengelamun memikirkan nasib Ummi yang berada didalam bilik pembedahan. Perasaannya bercampur risau dan kesal akibat apa yang berlaku 5 jam yang lepas. Kalau tidak keranapertengkaran dan ego yang tinggi itu, sudah tentu Ummi tidak berada di bilik bedah sekarang ini. Sudah tentu Walid tidak membuang masa menunggu dengan perasaan sebegini di hospital ini. "Mungkin Tuhan nak balas balik, nak bagi tepat kat muka aku balik apa yg dah aku selalu abaikan... tapi macam mana kalau Ummi... Ya Allah.. apa yang telah aku lakukan.. selamatkan lah isteriku Ya Allah..." bentak hati Walid. Air matanya mula mengalir. "Maafkan I Ummi.."

16:05:2011
Haven at the Peak, Ampang.

 
"I rasa I la manusia paling bertuah di dunia ni. I memang tak sangka you sanggup terima I. You're my dream girl Mimi." Ummi hanya tersenyum. Dia tahu, lelaki yang berada di depan matanya itu sememangnya ikhlas
menyintainya. Perkenalan yang bermula di dalam Facebook, berlarutan semasa Ummi terpaksa meninggalkan Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Edinburgh Medical Collage,England dan seterusnya pertemuan kali pertama di The Curve, Damansara sewaktu cuti musim sejuk 2 tahun lepas membuatkan dia Percaya yang lelaki itu ialah lelaki yang bakal bersamanya sehingga ke akhir hayat. "Will you marry me?" secara tiba-tiba Walid bertanya. Kaku dan tersipu-sipu, Ummi kelu.
Terlampau gembira dengan menitis airmata dari matanya yang redup itu. "Orang ada mak bapak lah..." Katanya perlahan.. Walid ketawa. Kemudian tersenyum. " I akan hantar rombongan untuk pinang you secepat mungkin. No worries..." Ummi tersenyum dan..

"Lid..." "Yea.. Macam mana dengan Mimi, Nisa'?" Maafkan aku Lid. Kami dah cuba sedaya upaya. sekarang Mimi in the state of Coma. buat masa sekarang ni berdoa lah banyak-banyak. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk tolong dia. Waktu-waktu macam ni, Kat Tuhan la kena kita berserah. Berdoa la banyak-banyak Lid. Hanya DIA je yang boleh tolong kaw dan Mimi sekarang ni". Nisa dan Ummi merupakan sahabat baik sewaktu di Edinburgh. Di masa susah dan senang, sedih dan gembira, Nisa sentiasa ada
untuk Ummi. "Aku yakin dia akan buat apa saja untuk selamatkan isteri ku itu".

 
Ya Allah... KepadaMu aku memohon...
 
bersambung......

Saturday, May 1, 2010

Sypnosis

Kadang-kadang, Ego selalu memanupulasi diri. Ego selalu menjahanamkan diri dan Ego selalu memusnahkan cinta sejati. Sememangnya Ego membuatkan manusia HANYUT.

Walid dan Ummi. Pasangan yang amat bahagia di awal perkahwinan mereka. Kerana ego yang tinggi, cinta mereka hampir berderai..

Masih suburkah cinta di hati mereka? atau cinta yang terbina itu akan berkubur?