Sunday, June 26, 2011

Chapter 6: Peluang Ke-2


Telah banyak yang dilalui.. telah banyak yang dipelajari. Telah banyak yang diadaptasi. Manusia menjadi matang apabila sesuatu terjadi. Manusia terbuka mata hati apabila yang tak diingini menerjah ke pintu sebuah kehidupan. Walaupun kecil, mahupun besar, sesuatu yang dilalui, dipelajari dan diadaptasi itu seharusnya menjadi sesuatu yang bernilai dalam meniti arus kehidupan. 

Berdiri seorang lelaki di sisi seorang wanita yang sedang terlantar di katil hospital. sudah 2 bulan wanita itu separa sedar dan dalam jangka masa itu juga lah lelaki itu tidak jemu berada di sisinya. Wajah lelaki itu kini begitu sugul. di hatinya seringkali di selubungi rasa kesal sesal yang berpanjangan. Kalau bukan kerana egonya yang mendongak langit dan sering mengabaikan tanggungjawabnya terhadap wanita itu, tentunya perkara ini tidak terjadi. tetapi.. mana mungkin manusia menilik tafsir takdir Allah S.W.T. Hanya Dia yang Maha berkuasa atas setiap kejadian. Lelaki itu sedar dan mengharapkan ada hikmah dan rahmat di sebalik apa yang telah terjadi


Eleanor Road/141... 
12.45 Tengah malam

Hujan di luar seakan mengiringi tangisan seorang wanita bergelar isteri. Apa yang dia mahu lakukan adalah menyempurnakan tanggungjawab yang Tuhan beri. Masih digagahi jua mata menanti suami pulang.

"U baru balik?" tanya Ummi kepada Walid yang baru saja muncul di muka pintu. "Bodohnya soalan!" balas Walid agak sinis. "Itu pun U nak tanya?!" katanya lagi. "Salah ke I tanya? sampai U jawap macam tu. I just tanya. Salah ke?" kata Ummi. Agak tersinggung dengan kata-kata Walid itu. "Kenapa U dah tak macam dulu? Apa salah I sampai U buat I macam ni Walid?" tanya Ummi yang sudah tidak dapat menahan segala keperitan yg terbuku dihati. "Eh, yang U nak bising-bising tengah malam ni apa hal?! I penat tau tak! I keje siang malam untuk U. Nak bagi U senang. I balik je rumah ni U bising. Apa lagi yang U nak?!" Tengking Walid. "Kalau U dah tak suka lagi duduk dalam rumah ni U boleh keluar.. KELUAR!!" Sambungnya lagi. "Baik... I akan keluar sekarang. U jangan cari I lagi!"

Ummi meluru keluar. Tangisan berderu menemani dirinya yang sudah tidak dapat lagi menahan hati yang sering dilukai. Ummi berlari terus di dalam gerimis di kala itu tanpa menoleh ke mana-mana arah. sebaik melintas keluar dari kawasan rumah yang hanya dia nampak adalah cahaya....

Walid tergamam. kata-kata isterinya itu bagaikan sebutir batu yang dilemparkan tepat ke arah dahinya. dia hanya kaku melihatkan riaksi Ummi yang meluru keluar dari pintu. "minnn..minta mmaaff.. ummi.. minta maaf." namun ummi tidak mendengar kata-kata itu. 

SKREEEETTTTTTT....BAAAAAANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Walid terkejut. Bunyi itu bukan sahaja membuatkan dia terungkai dari lamunan. terus dia keluar dan melihat apa yang menyebabkan bunyi itu. "Ya Tuhan ku!!! Ummiiiii!!!!"
Ummi terbujur kaku di hadapan mahligai mereka. Darah mengalir membasahi jalan. Walid memangku isterinya itu. "Tolong! Toloongggg!! Ummi bangun Ummi! Ya Allahhhh!!!" Hujan yang tiba tiba lebat itu seakan memahami hati mereka berdua. Namun segalanya sudah di suratkan di dalam kamus kehidupan mereka...

Mengenang kembali kejadian di malam itu, walid sentiasa di selubungi rasa kesal. Akibat dari sikapnya yang sering mengabaikan tanggungjawab, Ummi terpaksa menanggung sengsara. Wanita itu kini masih lagi tidak sedar. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengubah segalanya. 

"Apa yang aku boleh lakukan hanyalah berdoa...." bisik hati lelaki tu. harapannya hanya satu. Moga Tuhan berikan aku peluang kedua.