Keadaan masih sama. Ummi masih belum sedarkan diri. Sudah tiga hari selepas peristiwa itu berlalu. Hati lelaki itu masih lagi dibelenggu dosa yang lalu. Kerja dipejabat sudah ditinggalkan. Yang dia tahu ingin disisi Ummi. Lelaki itu tidak mahu ke mana-mana. Hanya yang dia tahu dan mahu adalah tidak berjauhan dengan isterinya. "En. Walid, bilik yang Encik request tu sudah disiapkan. Boleh la kita transfer Puan Ummi ke situ." Tq nurse. itu yg sebaiknya." Jawab walid yg masih lagi menggengam erat tangan Ummi yang kaku itu. "Sayang, I takkan tinggalkan U lagi. I akan ada di sisi U sampai U sedar and sampai U sihat...." katanya sebak.
"Bro, ni barang-barang yang kau pesan tadi. Tengok la kalau-kalau ada yang tertinggal." Kata Nik. "Thanx man. ni dh cukup. Aku akan lepak sini sampai Ummi sedar. At the same time aku serahkan kat kau sementara waktu untuk jaga syarikat. Apa-apa kau boleh update aku." Ujar walid. " Ok bro. So, aku gerak dulu lah. Banyak lagi yang nak kene settle kn kat office. btw, aku penah dgr ade org ckp yg koma patient ni boleh dgr apa yg kita bisikkan kt dia. hmm.. Take care bro." Kata Nik sambil berlalu pergi.
Malam itu Walid membelek segala barang yang Nik bawakan untuknya siang tadi. Ummi sudah pun dipindahkan ke suite VIP atas permintaan Walid. Hanya dia mahukan adalah waktu bersendirian bersama Ummi. Sambil melabuhkan punggung di atas sofa, terdetik dihatinya ingin menulis. "Dah lama aku tak menulis....." kata hati walid. Lalu dicapainya sebatang pena dan dicoretkan kata hatinya di atas kertas...
"Sudah tiga hari berlalu. Keadaan Ummi masih sama. Masih belum sedarkan diri. Tapi aku tetap takkan ke mana-mana. Aku akan tetap di sini. Aku takkan ke mana-mana lagi. Aku tak kan tinggalkan dia lagi. Sememangnya aku terlalu bodoh kerana mengabaikan wanita istimewa ini. Aku terlalu bodoh untuk tidak menghargai akan sebutir permata yang selalu berkilau tanpa mengenal waktu. Dan sesungguhnya aku buta akan segala pengorbanan dan kesakitan insan yang tak pernah lupa untuk mengasihi dan menyayangi aku. Yang aku tahu hanya segala kehendakku di laksanakan. Yang aku tahu aku mahu kan segala-galanya. Dan yang aku tahu menyakiti dan menyeksa jiwa seorang isteri.
Teringat segala sebelum semua ini terjadi. Di kala Aku cuba untuk memiliki Ummi. Di kala aku sedang tercari-cari cinta yang suci. Di kala aku dambakan kasih seorang puteri. Tak pernah terlintas difikiran akan kehadiran Ummi. Seorang wanita yang punyai pegangan diri dan pendirian tersendiri. Terlalu aku mengagumi akan Ummi. Seorang gadis yang ceria, sentiasa tersenyum dan teramat jelita. Hanya bidadari dari syurga sahaja yang dapat menandingi dia. Dari raut wajahnya yang ayu, cukup membuatkan sesiapa sahaja tertawan. Seharusnya aku bersyukur. Kerana dalam ramai yang tertawan itu, Ummi memilih aku. Ummi memilih memberi cintanya pada aku dan bukan kepada mereka-mereka itu. Sememangnya aku bertuah kerana Ummi adalah milik aku. Cinta yang diberikan pada aku tak pernah pudar. Tak pernah langsung pudar. Tidak malap sedikit pun.
Walaupun segalanya telah terjadi. Aku amat yakin cinta itu masih kuat. Aku harapkan cahaya cinta aku dan dia akan bertambah cerah. Aku memohon dengan sangat-sangat yang Ummi akan sedar semula. Dan aku memohon dengan sangat yang Ummi masih mencintainya. Tuhanku. Ampunkan lah segala dosaku terhadap isteriku. Ya Tuhan ku.. Sembuhkan lah dia agar kami dapat membina semula segala yang rapuh itu. Ya Tuhanku, Tolong lah. permudahkanlah segala-galanya. Aku mohon dengan sangat.. Aku mohon dengan sangat....."
Aku yang Hanyut...
Walid bangun. Dia berjalan dan kemudian duduk disisi Ummi. Di renungnya wajah wanita itu. Lalu didekatkan bibirnya ke telinga Ummi. "Tadi Nik datang. And dia cakap dengan I yang U boleh dengar kata-kata I walaupun U tak sedar. And I harap U dapat dengar kata-kata I ni...
"Maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu... Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu. Bagaimana ku nanti, bila kau tiada di sisi.. Yang ku ada hanya KAMU saja.... Aku memang bersalah.. selalu saja mengabaikanmu, meninggalkan mu.. Dan tapi dah ku sedari segala pedih yang kau lalui ku terlupa kau terluka. maafkan lah kerana diriku yg terus HANYUT....."
Walid sebak.. dilihatnya air mata Ummi mengalir.. Sememangnya Ummi mendengar kata-kata itu." Sayang.. Cepat-cepat sembuh.. I tahu U kuat.. and I rindu kan U.. Rindu sangat-sangat..."Dahi Ummi dikucup, Tangan Ummi digenggam. "Selamat Malam sayang..."
bersambung.....