Mereka kata bahagia itu sehingga akhir hayat. Tapi sebenarnya bahagia itu Tuhan yang tetapkan. Tuhan sudah susun aturkan segala-gala aturcara setiap manusia ciptaan-Nya. Bahagia yang dicari tidak kesampaian. Mungkin bahagia itu hanya sementara. Atau bahagia yang hilang itu hanyalah sebahagian dari aturcara yang DIA sudah tetapkan.
Di Teratak Ilham
Ogos 4, 2013.
"U.. its negative..." tutur Ummi kepada Walid. sedikit hampa kerana sudah lebih setahun mereka bersama, masih belum di kurniakan cahaya mata. "Tak apa lah.. belum ada rezeki tu." Ummi hanya berdiam diri. Walaupun bersahaja jawapan yg keluar dari mulut Walid. Dia tahu yang Walid ingin sangat menimang cahaya mata. Ingin melengkapkan sebuah keluarga. Walaupun dia tahu yang Walid sememangnya paham yang itu semuanya datang dari Tuhan. "Maybe kita boleh ambil anak angkat?" kata Ummi secara tiba-tiba. "No way! I nak my own zuriat. Darah daging sendiri! bukan anak orang lain!" Walid meninggikan suara. "I need to go out sekejap...."katanya sambil berlalu keluar. "U..u nak pegi mana?" tanya Ummi terketar-ketar.. "I nak keluar!" Jerkah Walid. Terus berlalu keluar. Kedengaran deruman enjin kereta walid yg memecut laju. Seperti melepaskan kemarahan kepada sesuatu.
Ummi hanya mampu kaku di sofa itu. Airmatanya mulai menitis keluar. Sememangnya Walid kian dingin dengannya. Jika ada yang tak kena, Walid akan mula meninggikan suara. Sesuatu yang tidak pernah berlaku diawal perkahwinan dan percintaan mereka. Walid jarang pulang ke rumah. Hanya menghabiskan masa di pejabat dan dengan kawan-kawan. Ummi seperti bukan lagi dunianya. Perasaan sayang itu semakin pudar dan malap. Dia tahu. hanya ada seseorang yang dapat membantu. Lalu dicapainya telefon. "Nisa..... temankan aku. plz..." Ummi yang sedang dihurung kesedihan tahu hanya seorang sahaja yang dapat mendengar setiap kesedihan dihatinya. "Awk tunggu, sy br lepas On call. Nanti saya datang amek awk k.".. Jawap Nisa.
"Kau tak patut buat macam tu Walid!. Ummi tu isteri kau. Kalau ye pun kau nak marah dia pasal dia tak boleh mengandung jangan la sampai ko tak balik rumah langsung!" Nisa sememangnya tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Dan hari itu dia harus melakukan sesuatu untuk buka mata hati walid yang sememangnya sedang diselaputi ego. "Kalau kau datang sini sebab nak ceramah kat aku pasal rumahtangga aku baik kau balik la! Jangan campur hal rumahtangga orang! kau buat hal sendiri sudah lah!" tengking walid. Kemarahannya semakin memuncak. "Aku ada banyak kerja Nis. lebih baik kau keluar dari pejabat aku sebelum aku panggil pengawal!" KELUAR!" Nisa tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia terus keluar dari situ dengan hati yang terguris. Walid yang dikenalinya dahulu sudah hilang. Walid yang wujud sekarang adalah seorang manusia yang berhaluankan ego. "Satu hari nanti kau akan tahu lid. Moga tuhan bukakan mata hati kau luas-luas."
Malam itu..
Ogos 14, 2013
Walid sampai di rumah dan Ummi menanti dengan senyuman di depan pintu. Ingin dia mengucup tangan suaminya itu tetapi Walid hanya menghulurkan briefcasenya dan berlalu ke dalam rumah bersahaja. Ummi akur. Pintu ditutup dan mengekori Walid dari belakang. "U dah dinner?" Seraya Ummi bertanya. "Walid hanya diam, seperti tidak mendengar pertanyaan isterinya itu. "I letih. Nak mandi pastu nak tidur." Tutur walid lalu terus naik ke atas untuk berehat. Ummi hanya melihat sahaja suaminya itu berlalu. "Takkan dia lupa... mustahil dia boleh lupa... Mungkin dia lupa.." Hatinya berkata-kata. Hari itu hari ulangtahun kelahirannya yang ke-27. Hari yang Walid tak pernah lupa suatu ketika dahulu. Ummi berjalan pelahan ke meja makan. Di atas meja tersebut sudah terhidang makan malam mereka besertakan dua batang lilin sebagai hiasan diatas meja. Dinyalakan lilin itu lalu Ummi duduk. Sambil fikirannya melayang ke suatu masa dahulu....
Ogos 14, 2010
Edinburgh Medical College.
"Ummi! ade something untuk kau aku letak kat atas meja." Jerit Nisa dari biliknya sebaik sahaja dia mendengar Ummi memasuki rumah. "Ape bendanya?" tanya Ummi. "Mana aku tahu, but dari Malaysia kot. Kau check la. Mana tahu Ibu kau ada hantar something ke." Kata Nisa lagi. Ummi terus ke meja studynya. Ade sepucuk surat dan sememangnya datang dari Malaysia. Di dalam sampul itu ada sekeping kad ucapan beserta 'Key-chain' Spongebob Squarepants. Hati nya tertanya-tanya, "siapa yang bagi ni ek?" Lalu dibacanya kad ucapan itu.
Dear Ummi,
Some people give the gift
of peace and tranquility
to every life they touch.
They are always who they really are.
They are blessedly reliable,
dependably good,
predictably pleasant,
loved and treasured
by all who know them.
You are one of those people.
You are a gift
of peace and tranquility
in my life.
Happy Birthday to you and may all your dream come true.
p/s: I harap sesangat U suka keychain tu sebab i tau u suke sgt2 kt Spongebob. And August 14 will be in my memory 4eva!
Ummi tidak tahu nak berkata apa-apa. Hatinya sangat gembira kerana Walid sanggup hantar card dan keychain itu. Hari itu teramat indah baginya. Dan hari itu teramat bahagia. Sejak hari itu dia tahu lelaki itu adalah untuknya. Lelaki itu yang mampu beri bahagia. Lelaki itu yang akan menggembirakan hidupnya. Dan seja detik itu lah setiap kali ulang tahun kelahirannya, Walid selalu saja membuat sesuatu diluar jangkaan Ummi. dan disetiap ketika itu lah ummi merasakan dirinya cukup bertuah kerana memiliki Walid. Tetapi itu dahulu. Kisah-kisah itu hanya terlakar sebagai sebuah memori indah dalam buku lukisan hidup Ummi. Di malam hari jadi nya, Ummi keseorangan bertemankan dua Lilin yang sedang bercahaya. Dia bangun. Lalu ditiup lilin itu dan berkata; "HAPPY BIRTHDAY UMMI..."
bersambung......
2 comments:
adoyaiii.. tengah syoq2 layan.. titiba BERSAMBUNG...... huhuhuhuhu faster plzzz ;D
sabaq kak eida sabaq.. :P
Post a Comment