Monday, June 21, 2010

Chapter 3: Kejoraku Bersatu

Chapter 3: 

03:09:2011
Masjid As-Shakirin, Taman Muhibah

Hari bahagia yang ditunggu sudah tiba. Cinta yang mereka bina bakal di semarakkan lagi dengan ikatan tulus suci dan murni. Berdua serba putih. Sama padan dan sama cantik. Hati berdebar kuat. Hari ini hari yang dinanti mereka. Sanak saudara kedua-dua mempelai sudah memenuhi perkarangan masjid. Masing tidak sabar untuk melihat pasangan itu disatukan. Buat si mempelai, gemuruh di jiwa sememangnya tidak dapat dielak. Hanya bingkisan doa dan secebis selawat dapat diadaptasi dalam hati sebagai perisai dari gemuruh yg melanda itu. 

Walid sudah berada di atas permaidani merah itu. Tangan dijabat dan lafaz disempurnakan. Dengan sekali lafaz, Ummi di ketika itu sudah menjadi isterinya. Senyuman terukir di wajah  ummi. Harapan nya selama ini telah dimakbulkan ilahi. Cincin disarung dan dahi dikucup. Tanda sempurna sudah acara agung dipagi itu.  

Di Malam itu....

"Sayang.. gitar tu sape punya?" tanya walid kepada ummi. "Kalo tak silap abang yg punya tu. Mesti dia tumpang letak kt dalam bilik ni." Balas ummi. " I know itu gitar Abang. I ask him to borrow me that gitar for the night." Jawab Walid sambil tersenyum. Ummi hanya terpinga. "U ni kan..." "Actually I nak nyanyikan satu lagu untuk U. Sempena hari bahagia kita. Lagu ni sangat bermakna and I pernah cakap kat diri I yang one day I akan nyanyikan lagu ni utk isteri I." Terang walid. dicapainya gitar tersebut sambil menarik ummi ke balkoni. Ummi hanya tersenyum. Lalu bertanya, "Lagu apa?"

"Dengarkan ok..." lalu dipetiknya gitar itu:

Dirimu persis bintang terbit dari langit 
Bukanlah mimpi-mimpiku 
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi 
Kamar hati ku hiasi 
Biar cantik biar baru 
Semuanya keranamu 
Oh yang lemah kini gagah 
Asal buruk jadi indah 
Kerana sentuhan cintamu 
Ku susun langkah melayarkan hari indah 
Bersamamu
Lilin diri takkan padam 
Seandainya engkau adalah sumbunya 
Kaulah puteri ku dambakan 
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga 
Seluruh jiwaku 
Biarlah karam berdua 
Asal kau tak terlepas 
Dari genggamanku 
Biar kulamar 
Sahih darimu 
Menjadi ratu 
Beradu dalam pelukanku 
Kejoraku bersatu



Dilihatnya wajah ummi. Air mata mengalir di pipinya. Sungguh terharu mendengarkan lagu yang dimainkan oleh lelaki ini. "U ni.. kenapa la romantik sangat?!" Walid tersenyum. Dikesatnya air mata di wajah isterinya itu. Seraya berkata. "Langit cantik sangat malam ni. Bintang-bintang semuanya jelas kelihatan. Tapi dalam banyak-banyak bintang tu, bintang didepan mata I ni la yang paling berharga. Yang paling I sayang. Dan walaupun berjuta-juta bintang yg berkelip kat atas sana. Tak ada satu pun yang dapat menandingi bintang yang di depan mata I nie. Thank you for becoming my dream. I love you so much" Ummi hanya diam. Lalu dipeluk seerat-eratnya lelaki dihadapannya itu. Seperti tidak mahu dilepaskan. "I sayangkan U ummi.."


Hospital Ampang Puteri
0400

"I sayangkan U ummi... Sangat-sangat..." Walid masih lagi disisi Ummi. Matanya tidak mampu untuk pejam. Tangannya masih menggenggam erat jari-jemari Ummi. Diharapkan sangat yang Isterinya itu segera sedar. Supaya dia boleh mengotakan maaf. Nisa hanya berdiri didepan pintu. Hanya sayu melihat saja setiap perbuatan Walid dimalam itu. Rasa simpati menyelubungi hatinya yang selama ini hanya disaluti benci disebabkan segala perilaku Walid terhadap Ummi. 

"I sayangkan dia Nis. I tak nak i jadi beban. Kerjaya dia sedang dipuncak sekarang ni. Mungkin I bukan lagi dunia dia..."

Masih tergiang-giang kata-kata ini di telinga Nisa. "Mungkin ini lah balasan Tuhan terhadap kau lid. Bisik hatinya....


BERSAMBUNG.....

6 comments:

Anonymous said...

wee~~i luv this, marvellous job razi, keep on the next episode..i'll be waiting hehe

Topsy Kretts said...

thank u for the support syidah.. appreciate it. i'll try not to delay the next episode.

nihayati said...

superb tangkap leleh~~ huhuhuh memang berbaloi2 baca crita nih :D we want more.. we want more... more.. more! :D

Topsy Kretts said...

leleh sgt ke? but itu la theme dia. anyway thanx kak eida.. :)

twilight-midnightsun109 said...

erm..... ko ada bakat beb... leh hantar ni sbg cerpen... atau pon buku kan ... tp ko leh post kat fb atau channel lain dulu cari follower..

Topsy Kretts said...

thanx buddy.. so far aku war2kan kn kawan2 terdekat dulu la. tak berani nak go beyond that.